Sunday 12 November 2023

Bulan lepas dah ambil darah untuk pemeriksaan kesihatan tahunan. Petang tadi giliran jumpa doktor pulak.

Masa kat kaunter 6 untuk pemeriksaan saringan, mak kena timbang berat.
Astaghfirullah!
Bukan main gembira nombor-nombor tu saling berkejaran. Risau mak. Laju bukan mainnya lagi. Mujur la berhenti jugak tapi bukan pada nombor yang mak berkenan.
Malas mak nak fikir. Lantak situ. Bukan boleh patah balik.
Setakat ni kesihatan mak memuaskan kecualilah result Triglyceride yang sedikit tinggi. Mak siap mintak dengan doktor nak tengok balik result yang lepas-lepas. Dah masuk 4 tahun mak buat pemeriksaan kesihatan tahunan ni, kali ke-4 ni pulak mak kantoi tang ni.
Doktor puas hati dengan keputusan kesihatan mak cuma pesan jaga makan dan konsisten dengan senaman. Lagipun mak tak ada amik apa-apa jenis ubat-ubatan.
Bab makan tu mak tak kisah sangat sebab dari dulu memang jaga makan. Bab bersenam tu mak liat sikit. Sehari buat. Tiga ratus enam puluh empat hari mak rehat.
Lagi 6 bulan mak kena ambil darah lagi sekali. Bersungguh doktor pesan suruh mak exercise cukupkan 150 minit seminggu. Tak ada kalu, kot sat lagi macam-macam penyakit datang. Penat je jaga kesihatan sebelum ni.
Dua misi mak sebelum bulan puasa tahun depan.
Turun berat badan hampir 10kg.
Turunkan bacaan triglyceride sebelum naik mendadak ke level 'rare' pulak.
Masalahnya sekarang ni, mak macam tak percaya mak nak kena exercise jugak.

MELEPASKAN PERGI

Sekuat mana pun aku menjaga, yang pergi akan tetap pergi.

Seteguh mana pun aku menahan, yang berlalu akan tetap berlalu.

Ada yang bertamu lama.

Ada yang singgah sementara

Ada yang sekadar menyapa.

Semakin aku belajar tentang pelajaran hidup

Semakin aku sedar satu perkara

Silibus yang paling sukar kufahami

'Melepaskan pergi'

Kerana aku cinta, aku sengaja membiarkan dia pergi

Mungkin menjauh itu akan menguatkan rasa, menjernihkan jiwa

Tanpa perlu sepatah kata

Aku rasa lapang dada

Andai dia kembali, dia tahu di mana aku berdiri.





METEOR DI HATIMU

 Meteor paling terang.

Melintasi langit luas yang cantik terbentang.

Diam-diam aku berharap

Namun tiada satu pun yang jatuh di hatimu.

Untuk menghidupkan rasa cintamu

Yang sejuk terpendam

Yang dingin membeku

Sungguh aku berharap

Pada satu pertemuan

Agar aku mampu dekat padamu

Hingga saat ini aku masih cemas meneka

Adakah meteor terakhir

Jatuh jua ke hatimu.




Zureiny Zulkafly


BERTAHANLAH

 Andai kata,

Satu-satunya ikhtiar yang kau mampu buat ketika ini adalah bertahan, maka bertahanlah.

Tahan dengan rasa.

Tahan dengan jiwa.

Walau kaki kau sudah kaku tidak mampu melangkah, bertahanlah untuk tidak tumbang.

Pandang langit.

Pandang awan.

Kau adalah makhluk Tuhan yang sedang diuji. Bertahanlah.

Rasa lemah. 

Rasa kalah.

Rasa lelah.

Semua itu perlu kau lalui untuk kau nikmati dewasa.




SEMBUH

Untuk sembuhkan hatimu, bukan dengan mengelak.

Bukan dengan menjauhkan diri.

Bukan dengan hidup terasing.

Hadap,

Setiap kesakitan.

Setiap kesilapan.

Setiap kegagalan.

Setiap kekecewaan.

Biarlah hatimu patah berbilah-bilah.

Biarlah hatimu pecah bercerai-cerai.

Biarlah hatimu retak berkeping-keping.

Tentang hatimu, itu urusanmu dengan Tuhan

DIA mengenalimu melalui hatimu.

Biarlah DIA susun ujian itu semahu-Nya kerana DIA lebih tahu.

Kau akan sembuh sehingga kau tempuh semuanya sepenuh hati.

Sampai satu saat kau mengalah dan berserah, saat hatimu hancur berderai, saat itulah kau akan dapat hati yang baru.

Kau akan sembuh perlahan-lahan seiring bahagia yang kau impikan.




RINDU


Rindu itu sakit.

Rindu itu perit.

Rindu itu kelam.

Rindu itu kejam.

Namun, rindu adalah makhluk Tuhan yang paling menawan.

Yang menyalakan harapan. Yang membangkitkan impian. 

Yang menjentik hati. Yang menghidupkan mimpi.

Merinduimu,

Adalah sebahagian daripada cara aku 

Mencintaimu dalam diamku.





 Zureiny Zulkafly

Tuesday 7 November 2023

"Kau kenapa nak? Pagi-pagi menung je. Tak herlok."

"Susah nak cakap la mak."

"Cakap aje la. Macam tak de mulut."

"Kalau cakap bukan mak paham pun."

"Tak cakap, macam mana mak nak paham. Cuba cakap."

"Betul ni mak paham?".

"Iya. Mak paham la "

"Meowww. Meow meow meow. Meowwwwwww!".

"Kau cakap apa nak? Mak tak paham."

"Mak ni! Kan oghang dah cakap tadi, mak takkan paham punya. Tak nak kawan mak!".

"E eh. Merajuk. Dah la tak reti cakap pastu nak marah-marah mak pulak. Cuba cakap elok-elok. Mesti mak paham."

"Dah la mak."

"Oneng! Sini la! Sembang ngan mak."

"Tak nak! Menci mak!".

Apahal la tak sudah-sudah nak merajuk ngan mak.

Mak salah cakap ke?

#sketsamakngananakbulus
.
.
Zureiny Zulkafly
Mak yang tak pernah paham apa anak bulus cakap