Tuesday, 21 November 2017

Saya Seorang Ibu Berdikari



Teks       :  Zureiny Zulkafly
Foto        :  Google

21.11.2017

Ibu tunggal?  Janda?  Balu?  Ibu tunggul (ni selalunya istilah gurauan)?  Persepsi masing-masing terhadap status ini berbeza antara satu sama lain.  Mana satu yang lebih selesa disebut?  Mana satu yang memberi penilaian yang positif?

Image result for single mother quotesSebelum ini, saya seperti wanita lain yang berstatus isteri sehinggalah hubby pergi meninggalkan saya dan anak-anak buat selamanya.  Sebagai isteri, saya lalui kehidupan yang sama seperti isteri-isteri yang lain.  Memiliki seorang suami di sisi adalah saat terindah dan membahagiakan.  Dia menjadikan saya wanita yang kuat kerana dia memahami.  Dia menjadikan saya wanita yang sabar kerana dia menemani.  Dia menjadikan saya wanita yang sentiasa merinduinya kerana dia mencintai saya setulus hati.

Benar.  Yang indah itu hanya sementara namun yang sementara itulah yang sangat indah untuk dikenang.  Takdir telah mengubah status saya.  Hidup tanpa suami.  Mungkin sehingga akhir hayat saya.  Cukuplah dia sebagai suami terbaik saya di dunia dan akhirat.

Sewaktu mula-mula saya dipanggil balu, saya terasa sangat pelik.  Janggal sebenarnya.  Pernah saya termenung memikirkan keadaan diri saya.  Selama ini hanya memerhati dan melihat nasib orang di sekeliling tapi kini, nasib itu menimpa saya.  Gelaran itu memilukan hati juga tapi saya tidak boleh menolak kerana itu sudah takdir saya.

Saya seorang ibu berdikari.  Saya rasa itu paling sesuai untuk saya.  Seorang ibu yang bangkit daripada kesedihan kerana hilang kekasih hatinya.  Seorang ibu yang menjadikan kelemahan dirinya sebagai satu kekuatan.  Saya pernah takut akan kehilangan hubby tetapi bila Allah menguji, ketakutan itulah yang mengubah diri saya.  Saya mampu hidup sendiri bersama anak-anak untuk menikmati kehidupan yang bahagia.  Kebaikan dan kasih sayang hubby yang banyak membimbing hati saya untuk cekal dan hidup lebih baik.    

Saya pernah ditanya seseorang tentang perasaan saya setelah hubby tiada.  Soalannya lebih kurang begini, ‘Baik dia ada ke baik dia tak ada?’  Allahu.  Saya tergamam.  Hampir menitis air mata.  Hampir juga meledak rasa marah.  Apakah maksud soalan itu sebenarnya.  Fahamkah dia perasaan saya yang pilu kehilangan suami?  Mengertikah dia bahawa saya harus berjuang meneruskan kehidupan setelah hubby tiada?  Adakah memiliki suami itu satu beban dan setelah dia tiada seperti satu keamanan buat saya? 

Saya tak pasti tentang orang lain tapi bagi saya, hubby adalah segala kebahagiaan buat saya dan anak-anak.  Susah senang adalah norma kehidupan.  Bahagia derita juga silih berganti.  Tidak akan kekal.  Adanya hubby menjadikan saya baik.  Tiadanya hubby menjadikan saya wanita yang jauh lebih baik.  Semuanya kerana didikan hubby.  Berubah memperbaiki diri.  Perbetulkan segala kesilapan hati.  Menjadi yang lebih baik adalah tanggungjawab saya dan juga sebagai tanda saya bersyukur dengan ujian Allah.

Lupakan yang remeh-temeh.  Ia tidak akan menjadi kudis.  Walau ditarik saya ke belakang, saya pasti akan teguhkan hati dengan pilihan saya.  Anak-anaklah cinta hati saya dan hubby.  Merenung wajah polos mereka menjadikan saya tabah.  Memikirkan hidup mereka yang sunyi tanpa seorang ayah menjadikan saya semakin kuat sebagai seorang ibu berdikari. 

Lelah dengan kerenah dunia menjadikan saya penat dan kosong.  Lelah dengan sikap manusia menjadikan saya sakit dan lemah.  Namun lelah dengan ujian Allah menjadikan saya nekad dan tabah hati.

Monday, 20 November 2017

Jaga Diri Sebaiknya

Teks       :  Zureiny Zulkafly

Foto        :  Zureiny Zulkafly

20.11.2017

Sudah 2 malam tidur saya terganggu kerana Aina kerap batuk sewaktu tengah malam.  Dia pun tidak dapat tidur dengan lena.  Sangkaan saya mungkin sebab cuaca yang sejuk sebelah malam menyebabkan dia batuk-batuk.  Pada sebelah siang Aina sihat dan aktif macam biasa.  Langsung tidak mendengar dia batuk atau demam.

Malam tadi sebelum tidur saya suapkan Madu Mint.  Langkah berjaga-jaga sebenarnya takut batuknya melarat.  Alhamdulillah.  Dia boleh tidur lena.  Kalau tidak, jenuh juga mengejutkan dia awal pagi untuk ke sekolah.

Sebelum ini Aina pernah demam yang tak surut.  Demam yang macam suis tu.  ‘On Off’.  Sekejap dia sihat.  Sekejap lagi dia demam tiba-tiba.  Badan panas.  Muka pun pucat.  Letih.  Masa itu pula anak-anak asuhan saya pun demam.  Bersilih ganti.  Macam ‘pass baton’.  Saya memang kalut waktu tu sebab anak-anak ni meragam serba tak kena. 

Aina disahkan demam virus hasil daripada ujian darah di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.  Dia ‘on’ antibiotik selama 7 hari untuk pastikan Aina betul-betul sihat.  Selama 7 hari juga Aina tidak ke sekolah sebab saya dinasihatkan untuk pantau keadaan Aina kalau-kalau demamnya akan berulang. 

Syukurlah.  Mungkin kerana Aina konsisten makan ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan, seminggu kemudian dia sihat macam biasa.  Dia rehat secukupnya di rumah dan dijaga pemakanannya.  Selalunya saya buatkan bubur sebab Aina kena elakkan makanan berminyak atau bergoreng.  Banyakkan minum air masak.  Setelah ‘bergelut’ dengan anak-anak yang demam ni, akhirnya saya pula yang tumbang!  Demam, selsema dan batuk.  Rasanya saya lagi teruk daripada anak-anak.  Badan dah tua kot hahaha

Madu Mint
Madu Abiotik
Saya memang penakut bab-bab makan ubat klinik atau hospital ni.  Kalau boleh sembuh secara alami, itu yang saya pilih dulu.  Bila 3 hari macam tak sihat juga, barulah saya ke klinik.  Sementara tu saya amalkan Madu Abiotik dan Madu Mint sepanjang masa saya tak sihat tu.  Alhamdulillah.  Dalam 2 hari saya dah sihat semula.  Batuk hilang.  Demam pun kebah.  Boleh dah tegak meligat macam biasa.

Kerja mengasuh macam saya ni memang kena pastikan badan sentiasa sihat.  Kalau saya demam sekalipun, saya jarang cuti sebab saya tahu itu akan menyusahkan ibu-ibu yang menghantar anak-anak pada saya.  Sebelah siang saya akan bekerja seperti biasa.  Dan saya akan pastikan saya rehat secukupnya sebelah malam.  In shaa Allah, bila bangun keesokan hari saya cergas semula. 

Walau apapun tanggungjawab kita, jaga kesihatan dengan sebaiknya.  Jaga anak-anak dan perhatikan tahap kesihatan mereka juga.  Ambil langkah pencegahan kerana bila melarat, ia semakin sukar untuk sembuh.

Saturday, 18 November 2017

Bercuti Menyegarkan Kembali Hubungan Bersama Anak-anak

Teks       :  Zureiny Zulkafly

Foto        :  Zureiny Zulkafly

18.11.2017

Sewaktu saya menulis artikel ‘Sarapan Paling Versatile’ di blog saya pagi ini, saya menyusur gambar-gambar yang tersimpan di dalam ‘dropbox’ saya.  Melihat gambar-gambar lama hubby bersama kami bagai meruntun jiwa.  Dia telah pergi setahun lebih lamanya tetapi raut wajah kesayangan saya ini tidak pernah luntur dari ingatan.  Setiap kali saya pejamkan mata, bayangan wajahnya memenuhi minda saya. 

Saya lihat lagi gambar-gambar yang lain sehinggalah saya terjumpa banyak gambar percutian saya dan anak-anak selepas ketiadaan hubby.  Bercuti adalah salah satu cara saya membina semula kekuatan saya.  Sepanjang tempoh ‘iddah 4 bulan 10 hari, hidup saya hanya tertumpu pada rutin mengasuh, rumahtangga dan anak-anak.  Ketika itu saya juga gigih menyelesaikan urusan hubby seperti hutang dan hartanya secepat mungkin.  Saya tiada masa rehat yang sebenar-benarnya rehat.

Hubungan saya dan anak-anak sedikit dingin kerana perubahan emosi masing-masing.  Saya sibuk dengan urusan saya.  Afrina menjadi pendiam.  Aina menjadi pemarah.  Konflik ini memberi kesan kepada hidup kami.  Walaupun cuba difahami tetapi hati adalah satu benda subjektif yang sukar untuk diteka.

Sehinggalah saya bercuti ke Langkawi pada bulan Februari 2017 iaitu sebulan selepas saya tamat ‘iddah.  Ia bagaikan satu nafas baru dalam hidup.  Ia menyegarkan semula hubungan saya dan anak-anak.  Kami habiskan masa bersama melakukan aktiviti seperti island hopping, melihat matahari terbenam di Tanjung Rhu, membeli-belah dan berjalan di Dataran Lang pada waktu malam.  Kami juga duduk berbual tentang macam-macam kisah termasuklah tentang hubby. 

Sekembalinya kami ke kehidupan harian, hubungan kami semakin rapat.  Kami lebih fokus kepada kehidupan dan masing-masing memahami tanggungjawab yang perlu dilakukan.  Anak-anak saya lebih bersikap terbuka dan semakin mudah meluahkan isi hati kepada saya.

Related imageAnak-anak saya lebih mengingati memori bercuti bersama berbanding perkara-perkara lain yang saya lakukan.  Ada masanya sebelum tidur, Fina atau Aina akan buka cerita tentang kenangan ini.  Malah percutian terakhir bersama hubby di Pulau Pinang pada Februari 2016 pun mereka masih ingat satu persatu.  'Memori adalah sesuatu yang perlu dicipta bukan sesuatu yang ditunggu untuk berlaku.'   

Disember ini sempena cuti sekolah, saya sudah merancang percutian bersama anak-anak di Masbro Village, Melaka.  Ini juga adalah permintaan anak-anak sebab teringin duduk kat rumah tigasegi.  Alhamdulillah.  Allah permudahkan rezeki saya sebagai menunaikan hajat Fina dan Aina.

Saya juga sudah merancang percutian Famili ZulAni untuk tahun 2018 juga.  Selain sebagai cara kami adik-beradik menunaikan impian orang tua kami, ia juga satu cara saya bercuti bersama anak-anak.  Saya sudah menikmati kebaikannya dan saya akan teruskan jika itu akan menggembirakan hati mereka.

In shaa Allah.  Saya akan mula berkongsi pengalaman saya bercuti di beberapa tempat menarik.  Setakat ini saya cuma berkongsi gambar di Google Maps tentang tempat-tempat yang saya lawati.  Gambar-gambar saya sudah mencecah hampir 15,000 'view'.  Pada saya itu sesuatu yang menggembirakan hati kerana ia seperti satu rujukan mencari tempat menarik untuk bercuti.  Kalau itu akan mempermudahkan urusan seseorang yang lain, saya rasa saya perlu menulis tentang pengalaman ini untuk dikongsi bersama.  Doakan saya!

Semuanya Tentang Dia

Teks       :  Zureiny Zulkafly

Foto        :  Google


18.11.2017

Sebelum sarapan, saya pesan dengan anak-anak, “Jangan samakan lempeng ibu dengan lempeng ayah tau!”

“Ha ah.  Lempeng ayah buat memang sedap.  Nipis tapi lembut.  Lepas tu ayah suka buat banyak-banyak,”  Afrina menambah.  Dialah yang paling suka makan lempeng ni.  Dia jugalah yang dah lama minta saya buatkan lempeng tapi baru hari ni saya dapat tunaikan hajat dia.

Mendengar celoteh Afrina tentang hubby membuatkan hati saya berbunga.  Sungguhlah anak-anak ini tidak pernah melupakan kebaikan si ayah.  Dalam setiap perkara kehidupan mereka ada saja yang dikaitkan dengan hubby. 

Saya belajar makan lempeng ini sejak berkahwin dengan hubby.  Ini kegemaran dia.  Setiap kali balik rumah mak, inilah yang mak sediakan untuk sarapan.  Ada masa cicah dengan asam pedas, kuah kari atau masak lemak.  Pernah juga cicah dengan rendang itik yang mak buat.  Paling sedap cicah dengan sambal ikan bilis.  Sedar tak sedar boleh bertambah lempengnya.  Kena pula minum kopi panas.  Huuuu…memang terbaek!!

Anak-anak memang lebih sukakan lempeng yang hubby buat sebab lembut dan nipis.  Saiz pun comel besar tapak tangan.  Kalau saya buat memang besar piring hahaha  Itu beza saya dengan dia.  Hubby seorang yang sangat penyabar.  Itu sebabnya dia boleh buat kerja rumit dengan teliti.  Saya seorang yang semuanya nak cepat.  Itu sebabnya bila saya memasak, memang saya pilih masakan yang mudah dimasak dan cepat disediakan.

Image result for goodness quotesSaya goreng telur mata boleh siap dalam masa tak sampai seminit.  Sebaliknya hubby goreng telur mata memang boleh cecah 3 minit sebab dia guna api perlahan dan dia sanggup tunggu.  Hasilnya?  Memang ‘superb’.  Tak berminyak dan ia terbentuk dengan cantik.  Saya tak pandai nak jelaskan macam mana.  Yang pastinya, sepanjang makan di mana-mana restoran pun saya tidak pernah jumpa lagi telur goreng mata seperti yang hubby buat. 

Banyak yang saya rindu tentang hubby.  Telatah dia.  Kebaikan dia.  Didikan dia.  Kasih sayang dia.  Semuanya tentang dia.  Semasa dia bersama kami, banyak kenangan indah tercipta.  Dan setelah dia tiada, ketulusan hatinya menghidupkan jiwa kami.

Semoga segala kebaikan hubby terhadap kami selama hidup bersama, Allah kurniakan pahala dan rahmat yang berpanjangan.  Tiada yang lebih baik menjadi bekalan kecuali kebaikan yang telah kita lakukan.  Ia akan menjadi ingatan dan juga ikutan.

Sarapan Paling Versatile

Teks       :  Zureiny Zulkafly

Foto        :  Zureiny Zulkafly

18.11.2017

“Nak buat sarapan apa kat budak-budak ni?”  saya mengomel sendirian.  Dalam kepala cuma keluar bunyi krik krik krik krik saja.  Tak ada bunyi lain dah.

Hari cuti begini teringin juga nak buat sesuatu yang anak-anak suka makan.  Roti dah biasa sangat makan.  Biskut hari-hari lain pun boleh makan.  Nasi lemak?  Baru semalam makan.  Pancake?  Telur dengan susu pula tak ada.  Bihun goreng?  Kena pergi kedai dulu beli barang baru boleh masak.  Aduhhh…malasnya! 

Bancuhan lempeng

Dalam kepala cuba mengingat apa yang anak-anak pernah minta tapi saya tak buatkan lagi.  Fikir punya fikir, tiba-tiba mentol menyala dalam kepala.  Haaaa…lempeng!  Saya terus ke dapur dan keluarkan tepung organik yang saya beli di Jaya Grocer, Mesamall baru-baru ini.  Stok tepung memang kena sentiasa ada.  Kalau tak jadi lempeng, boleh buat cucur bawang.  Paling 'koman' buat cucur manis.

Saya buat bancuhan untuk 3 orang makan.  Lempeng memang kegemaran Fina dan Aina.  Menurun daripada hubby.  Paling sedap makan dengan susu manis.  Biasanya saya makan dengan madu. 

Lempeng ni makanan yang ‘versatile’ sebab boleh digandingkan dengan apa-apa kuah.  Katakanlah semalam ada kuah kari atau masak lemak yang masih berbaki, boleh cicah dengan lempeng.  Asam pedas pun boleh.  Kadang-kadang dengan sambal ikan bilis.  Paling malas pun cicah dengan kuah sardin.  Kalau ada 'whipping cream' boleh sapu setiap lapis.  Jadilah kek lempeng.  Kalau mat saleh buat jadi 'crepe cake'.  Yummy…kenyang perut senang hati hehe

Okey.  Alhamdulillah.  Kami dah selesai sarapan.  Maka bertebaranlah masing-masing dengan urusan sendiri.  Hari cuti begini banyak yang perlu dibuat untuk seminggu yang akan datang. 

Apa-apapun, sebelum anda sibuk dengan urusan lain, bersarapanlah walau hanya secawan kopi dan sekeping roti.  Sarapan akan memastikan badan kembali aktif selepas semalaman berehat.  Sarapan juga penting untuk otak yang sihat.  Jangan lupa sarapan ye.

Selamat berhujung minggu dengan anak-anak dan keluarga.  Semoga sentiasa di dalam kebahagiaan.


p/s:  Abaikan segala barang yang berwarna pink ni.  Almaklumlah kami bertiga ni kan 'gegurl' haha

Thursday, 16 November 2017

Towel Stand Mak Long

Teks       :  Zureiny Zulkafly
Foto        :  Zureiny Zulkafly

16.11.2017

Pagi-pagi lagi saya mendengar riuh-rendah anak-anak asuhan saya di beranda rumah.  Di situlah selalunya tempat mereka bermain kerana lapang dan menghadap luar rumah.  Saya menjenguk.  Bila saya dapat menangkap apa yang berlaku, saya mengucap panjang.  Nak tergelak pun ada.

Ini ‘towel stand’ saya a.k.a Mak long.  Towel stand ni banyak jasanya.  Selain daripada gantung tuala, di sinilah lahirnya bakal bilal, qari atau qariah, pelumba F1 tak pun jurutera kapalterbang.  Kenapa saya cakap macam tu?

Nampak tak getah hitam tu?  Situlah tempat anak-anak berlatih menyanyi haha  Macam-macam lagu keluar siap dengan gaya penyanyi pegang mikrofon.  Pelat pun pelatlah janji dapat nyanyi.  Mak long ada cakap ‘Practice makes perfect’ hehe

Ada yang duduk atas palang sebelah bawah macam bawa motor.  Siap boleh ada ‘pit stop’ tukar pembonceng.  Itulah sebabnya mengapa palang tu bengkok.  Ada yang main menyorok celah-celah tuala sampai saya bising sebab takut ‘towel stand’ tu jatuh.

Skru setiap palang tu baik sebelah atas atau bawah dah banyak kali tercabut.  Tak tahulah skil motor halus anak-anak ni memang hebat rasanya.  Banyak kali palang ni terjatuh.  Saya pun selalu tertanya-tanya, macam manalah anak-anak kecil ni boleh pusing skru guna jari je.  Saya ni pun kena guna ‘screwdriver’ baru boleh tanggalkan skru ni.

Kisah pagi ni, palang sebelah bawah tu jatuh lagi.  Entah berapa kalilah saya ketatkan skru ni tapi ada saja jemari halus yang memang hebat tanggalkan skru.  Jadi pagi ni saya ketatkan semula.  Tunggulah berapa hari pula boleh tahan tu.  Paling lama pun 3 hari je lepas tu tercabut balik.

Walau apa yang saya buat setiap hari adalah rutin yang berulang tetapi gelagat anak-anak inilah yang selalu menghiburkan hati saya.  Membuatkan saya tabah dan ceria untuk meneruskan kehidupan.

Wednesday, 15 November 2017

Bila Gadjet Jadi Pengasuh Anak-anak

Teks       :  Zureiny Zulkafly

15.11.2017

Hari ini saya berbual dengan seorang ibu yang menghantar anak-anaknya di bawah asuhan saya.  Asal mula bercerita kisah bayinya yang berusia 5 bulan yang demam dan batuk berkahak.  Sekarang ni musim anak-anak demam rasanya sebab kebanyakannya tidak sihat.  Bila seorang kena, ia dah jadi berantai pula saling berjangkit satu sama lain.

Akhirnya beralih ke kisah pengaruh gadjet terhadap pembesaran anak-anak yang di bawah 4 tahun.  Lingkungan umur yang saya asuh.  Anak-anak kecil yang memerlukan jagaan dan persekitaran yang sihat untuk membesar.  Sahabat saya ini seorang guru dan dia nekad untuk tidak memberikan anak-anaknya gadjet.

Dia belajar daripada pengalaman seorang sahabatnya yang terpaksa menghantar anaknya yang berusia 6 tahun ke pakar terapi kerana masih gagal bercakap dengan baik.  Dia tidak memberikan respon kepada keadaan sekeliling.  Tidak pandai bergaul dan cepat marah.  Tidak sabar dan kurang fokus.  Semuanya gara-gara si anak tadi ‘diasuh’ dengan gadjet.

Sahabat kepada sahabat saya ini juga merupakan seorang guru yang memiliki tiga orang anak.  Dia hidup secara jarak jauh dengan suaminya.  Segala urusan rumahtangga dan anak-anak dilakukannya sendiri.  Bila badan penat kerana tekanan kerja, anak-anak diberi gadjet asalkan dia dapat berehat dan anak-anak tidak mengganggu.

Lama-kelamaan, gadjet mempengaruhi minda anak-anak.  Sudah tidak normal seperti anak-anak yang membesar dengan pendedahan gadjet yang minima.  Sudahnya anak tadi terpaksa dirujuk kepada pakar terapi untuk belajar bercakap dan memperbaiki sikapnya.  Dia juga membelanjakan hampir RM2000 sebulan untuk sesi terapi yang diadakan 4 kali seminggu.

Saya juga berikan gadjet pada Aina sebab dia akan minta untuk tengok Didi & Friends ataupun Omar & Hana.  Aina paling suka kartun Om Nom ataupun Oddbods.  Cuma saya ni memang ibu yang tegas.  Garang macam singa haha Saya akan tetapkan masa tertentu dan akhirnya Aina terbiasa.  Bila saya suruh tutup, dia patuh tanpa membantah. 

Kalau nak tahu, rumah saya memang ‘tiada’ televisyen.  Macam hidup zaman batu kan?  TV yang ada inipun adalah kepunyaan hubby yang dibawa pindah dari rumah sewanya.  Setelah setahun dia pergi, saya tidak pernah pasang tv tersebut.  Mungkin sebab terbiasa hidup tanpa tv sebelum ini, saya dan anak-anak jadi tak kisah. 


Kita sebagai ibu bapa punya cara dan pandangan tersendiri dalam mendidik anak-anak.  Ia mengikut kesesuaian setiap keluarga kerana orang lain tidak dapat mengawal kehidupan seorang yang lain.  Cuma beringatlah sebelum anak-anak rosak kerana gadjet.

Bila Musim Hujan Tiba

Teks       :  Zureiny Zulkafly

15.11.2017

Dalam seminggu ini hujan turun tak kira masa.  Boleh dikatakan turun sepanjang hari.  Mungkin ada yang tidak selesa dengan keadaan yang basah begini.  Anak-anak pun mudah demam dan berjangkit pula.

Dulu, hujan adalah saat yang ditunggu-tunggu bila tiba hujung tahun.  Bila cuti sekolah panjang, itulah musim hujan.  Bila musim hujan, masa itulah cuti panjang hujung tahun.  Seronok!  Dapat mandi dalam hujan.  Dapat berkubang dengan adik-adik dalam air yang bertakung atas padang rumput depan rumah.  Masa tu tak pernah fikir demam atau sakit.

Bila musim hujan, barulah nampak baju-baju bergantungan di ruang tamu rumah.  Dua tiga hari barulah betul-betul kering.  Itupun sejuk dan lembap bila disarung ke badan.  Hujan tidak akan berhenti kerana memang itulah musimnya hujan turun.

Bila musim hujan, anginnya sangat dingin.  Keadaan di luar pun sejuk dan kelam tapi cuacanya nyaman dan menyegarkan.  Air hujan melekat di dedaun pokok dan bertaburan ke tanah bila disentuh.  Saya suka suasana begini.  Bila melihat air di atas rumput, ia membangkitkan satu pemandangan yang menenangkan hati.  Mungkin titis-titis air membangkitkan warna hijau tersebut.

Bila musim hujan, kami adik beradik juga seperti ular sawa melingkar.  Jadi malas dan tidak aktif.  Duduk terperap dalam rumah sebab tak boleh bermain di luar.  Kawan-kawan pun sama.  Semua tak ke mana.  Sepanjang masa lapar sebab sejuk.  Lepas puas main elok-elok, kami bergaduh.  Itulah rutinnya sampai habis musim hujan.

Selepas hujan turun tanpa henti, kawasan yang lebih rendah daripada pekan Kg Raja, Besut akan dinaiki air.  Melaut luasnya ini saujana mata memandang.  Masa tu memang tak takut bah sebab pemandangannya cantik.  Ia seakan-akan air laut yang tenang ditimpa hujan.  Tidak seperti bah sekarang yang airnya laju merempuh segala yang ada depan laluan.


Semua itu saya lalui 32 yang lalu.  Kenangan yang tidak akan dapat diulang kembali.  Membesar selama 6 tahun di Kg Raja meninggalkan memori yang bukan sedikit.  

Cuma silapnya, saya tidak mencatat kenangan itu dan memori saya pun tidak mampu mengimbau kembali semua yang telah terjadi.  Rugi bila sejarah kehidupan ini tidak dirakam dengan pena.

Andai ditakdirkan usia saya panjang 32 akan datang, saya harap saya akan terus mencatat kenangan.  Mungkin mustahil hidup sejauh itu tetapi semoga saya tidak mengulang kesilapan lama.  Iaitu membiarkan memori itu berlalu tanpa dicatat apa-apa.

Ibu...adik mimpi ayah marah adik!

Teks       :  Zureiny Zulkafly

15.11.2017

Seperti biasa saya akan kejutkan Aina dalam jam 7 pagi untuk siapkan dia ke sekolah.  Sambil uruskan anak-anak asuhan yang datang awal pagi, saya akan memanggilnya berulang kali tanpa melihat ke arahnya.  Entah macam mana hati saya seperti dipanggil-panggil.  Saya berpaling ke arah Aina yang masih berbaring di atas tilam.

“Eh, kenapa adik nangis ni?”  Saya terkejut kerana wajahnya seperti cuba menahan tangis.  Saya sangkakan dia mengigau.

“Adik mimpi ayah marah adik,”  suaranya sebak.

Saya merangkul Aina dan memeluknya rapat-rapat.  Entah apalah yang dimimpi tentang ayahnya sampai begitu sedih sekali.  Saya cium pipinya berulang kali.

“Adik mimpi ayah ke?”  saya bertanya.

“Ha ah.  Ayah marah adik sebab adik tak simpan mainan.”  Suaranya sayu.  Hatinya begitu sedih bagaikan benar-benar si ayah memarahinya depan mata.  Seolah-olah ianya berlaku di alam nyata.

“Ye ke.  Tu yang adik sedih ni?”  Aina mengangguk.  Saya peluk dia kembali.  Cuba menenangkannya.

“Tak pe la dik.  Mimpi aje tu.  Yang penting adik mesti selalu doakan ayah tau.  Lepas solat doakan ayah ok?”  Aina mengangguk lagi.  Hiba hatinya masih bersisa. 

Semoga anak-anak kami diberikan kekuatan untuk melalui ujian hidup mereka membesar tanpa seorang ayah.  Perjalanan mereka masih panjang.  Masih jauh sebelum sampai ke penghujungnya.  Masih banyak yang perlu dilalui dalam proses pembelajaran ini.  Dan doa saya akan sentiasa bersama mereka.

Hari ke-15

Teks       :  Zureiny Zulkafly

15.11.2017

Tugasan hari ini iaitu hari ke-15 untuk Kelas Tulis dan Terbit Ebook ialah memindahkan entri di blog ke ‘word document’.  Kerjanya mudah sahaja tetapi memerlukan kesabaran yang cukup tinggi kerana saya akan memindahkan 50 entri blog ke dalam 5 fail dokumen ‘word’ yang berbeza.  Tentulah kena buat satu persatu sehingga selesai.

Sewaktu saya memindahkan entri Bab 2 awal pagi tadi, saya hadapi kesukaran kerana susunan entri jadi tunggang-langgang.  Mula-mula fikir kalau saya tersalah ‘copy’ dan ‘paste’.  Saya mulakan semula tapi jadi balik masalah yang sama.  Saya mula panik.

Saya berhenti seketika.  Saya tarik nafas dalam-dalam dan cuba tenangkan diri.  Kalau saya masih kelam-kabut rasanya masalah tidak akan selesai.  Saya pandang skrin laptop.  Saya baca setiap arahan di panel atas ‘word document’.  Selama ini tak pernah terfikir pun nak tengok satu-satu.  Disebabkan kerja tak selesai, hendak tak hendak kena cari juga jalan keluar.  Kalau tidak, semua akan lari dari jadual asal.  

Klik sana klik sini.  Belek punya belak...laaaaaaa!  ‘Bottom margin’ sampai 8.17 cm.  Patutlah semua entri jadi pendek-pendek.  Tak boleh nak disatukan jadi satu mukasurat.  Kannn…kalau tak kerana entri tunggang-terbalik rasanya sampai sudah saya tak baca arahan ‘margin’ tu.  Inilah masalah orang yang dominan otak kanan.  Buat sesuatu memang tak suka ikut manual hahaha

Alhamdulillah.  Tugasan memindahkan kesemua entri sudah selesai.  Selepas ini adalah proses sunting-menyunting lagi.  Kena baca lagi sampai puas hati.  Baca sampai juling dan pening.  Sampai naskah jadi bersih tanpa kesalahan yang banyak.  Untuk ‘cover ebook’ saya serahkan kepada yang lebih pakar kerana saya tidak mahu membuang masa mencari gambar-gambar di internet.  Saya bukan arif bab-bab tu.  Harap-harap dapat 'cover' yang wow!!


Rasa tak sabar ni makin menggelodak sebenarnya tapi kerja masih banyak yang perlu diselesaikan mengikut arahan cikgu.  Semoga ebook pertama saya akan terbit mengikut jadual.  Amiin….

Monday, 13 November 2017

Doodle Art Afrina

Teks    :  Zureiny Zulkafly

Foto     :  Zureiny Zulkafly


13.11.2017


Bila Afrina beritahu saya dia mula belajar melukis doodle, saya tak tahulah kenapa saya terbayang rupa ayam.  Seekor ayam putih berbalung merah dan ada rupa yang ala-ala lurus bendul.  Itu yang terlintas di fikiran saya.  Pelik juga.

Sudahnya saya google dan fahamlah saya makna lukisan doodle tu.  Haihhh!  Macam manalah saya boleh fikirkan ayam pula.  Jauh betul maknanya tu.  Sebab bunyi doodle tu gamaknya haha

Jadi saya berikan Afrina satu tugasan.  Itulah tugasan pertama dia. 

“Cuba Fina bayangkan siapa ibu ni dalam bentuk lukisan doodle.”  Saya memandang Fina yang hampir tergelak.  Agaknya dia pun hairan dengan tugasan pertama dia.

Sebenarnya, kedua-dua anak saya mewarisi bakat hubby iaitu melukis.  Itu cara terbaik mereka menyimpan kenangan dan mengingat sesuatu berbanding saya yang lebih suka menulis. 

Teknik melukis ini juga adalah cara efektif saya mententeramkan Aina bila dia ‘hyper’.  Aina seorang anak yang lincah dan ligat.  Memang tak duduk diam.  Ada saja aktiviti yang dia buat.  Kalau bermain memang sesungguh hati siap dengan mulutnya bising sekali.  Begitu juga bila dia meragam.  Susah nak pujuk.  Dalam keadaan begitu, saya akan hulurkan ‘sketch book’ dan suruh dia melukis.  Aina akan fokus dan dia akan tenang dengan sendirinya.

Untuk Afrina pula, melukis adalah cara dia meluah perasaan kerana Afrina seorang yang pendiam.  Sukar meneka apa yang dia rasakan.  Bila saya melihat contengan dia pada kertas, fahamlah saya bahawa itu caranya berhadapan dengan emosi sendiri.

Okey…lukisan doodle Afrina dah siap!





Apasal ada rupa kartun kecil yang tengah marah?  Afrina jawab, ibu kan garang hehe

Sunday, 12 November 2017

Mencari Arah Kiblat

Teks    :  Zureiny Zulkafly


Memandangkan 2 hari ini saya agak sibuk, anak-anak terperap di rumah.  Hanya aktiviti ‘indoor’.  Makan, tengok Didi & Friends (yang ni aktiviti Aina), lukis doodle (yang ni aktiviti Fina) dan kemudiannya bergaduh.  Sebabnya dua-dua dah bosan sebab ibu sibuk di meja tulis.  Mengadap laptop sepanjang masa.  Nasiblah anak!  Inilah akibatnya bila ibu masuk kelas.

Sebelah petang, saya ajak anak-anak keluar.  Pertama sebab rutin saya memang membasuh baju di Cleanpro.  Kedua sebab bercadang menziarah kubur hubby.  Ketiga sebab nak makan nasi ayam!

Kami keluar hampir jam 4 petang.  Singgah di Masjid Bandar Seri Putra dulu untuk solat Asar.  Setiap kali ke sini, memang ingatan saya kuat terhadap hubby.  Bila memandang van jenazah masjid, saya teringat perjalanan akhir kami bersama.  Saat saya kucup pipinya buat kali terakhir.  Memandang wajahnya yang tenang seakan sedang tidur.  Saat saya solatkan jenazahnya.  Saat saya mengiringinya ke kuburan.  Semua itu kenangan yang indah sebenarnya.  Kenangan itulah yang menguatkan lagi rasa rindu dan cinta kepadanya.

Okey…habis bab feeling ni hehe

Image result for kompas arah kiblat malaysiaSelesai basuh baju, perut lapar la pula.  Memang bercadang ke Tesco Bandar Puteri ini.  Bukannya jauh pun.  Seberang jalan saja.  Saya melihat jam.  Mencongak masa.

“Kita makan dululah Fina.  Nak solat maghrib, kita solat kat Tesco aje nanti.”  Fina hanya mengangguk.  Aina macam biasalah.  Budak kecil bila teruja ni lain macam sikit.  Seronoknya bukan main!

Ada sebab mengapa saya solat di Tesco.  Saya nak ajar Fina menggunakan kompas untuk mencari arah kiblat.  Selalunya bila solat di mana-mana, penanda arah kiblat sudah tersedia.  Lagipun sekarang ini sudah banyak aplikasi kiblat yang memudahkan umat Islam.  Saya akui, kemudahan ini banyak melekakan saya sedangkan syarat sah solat mestilah mengadap kiblat. 

Bagaimana jika hendak solat di bilik hotel yang tiada penanda arah?  Bayangkan ketika itu aplikasi kiblat juga tiada di dalam telefon bimbit.  Intai keluar bilik cuba mencari matahari.  Terpinga-pinga kerana tidak tahu cara melihatnya. 

Saya dan anak-anak sudah berada di surau Tesco.  Saya membuka kompas telefon.  Saya ajar Fina satu persatu.  Bila dia tengok arah kompas menunjuk ke arah yang sama dengan penanda arah kiblat surau, dia tersenyum lebar.  Dia belajar ilmu baru hari ni! 

Saya tidak arif untuk menjelaskannya satu persatu tetapi boleh rujuk 30 Minit Ustaz Don untuk penjelasan praktikal yang lebih jelas dan tepat.

Mudah-mudahan ilmu yang disebarkan ini akan memberi manfaat untuk kita semua.


Menulis Ebook Pertama

Teks    :  Zureiny Zulkafly

Foto     :  Google

12.11.2017

Alhamdulillah.  Hari ini sudah masuk hari ke-12 Kelas Tulis dan Terbit Ebook November 2017.  Sudah di peringkat suntingan bab.  Juling juga biji mata bila membaca tulisan sendiri berulang kali sehari.  Semua ini perlu dilakukan untuk mendapatkan naskah yang bersih dan kemas.

Image result for ebookCabaran yang paling hebat saya lalui ialah untuk konsisten menulis 5 entri sehari.  Dibuat selama 10 hari untuk mendapatkan 50 entri.  Itu tugasannya.  Barulah saya faham kerja-kerja menulis bukan mudah.  Saya perlu membaca dan membuat rujukan supaya apa yang saya tulis berpasak pada yang benar.

Saya juga demam teruk.  Mungkin kerana perubahan rutin dan badan saya cuba menyesuaikan diri.  Sesekali ingin mengalah tetapi kali ini saya serius.  Benar-benar nekad untuk menerbitkan ebook pertama saya https://setelahhujanteduh.blogspot.my

Menulis pengalaman hidup bukan semudah yang disangka.  Bukan menulis ikut emosi kerana itu yang mencacatkan naskah.  Memang perlu membaca untuk saya mengawal tulisan saya sendiri.  Sesekali rasa macam jadi ‘student’ balik.  Teringat zaman belajar di UiTM dulu.  Tapi pengalaman itulah yang banyak membantu saya bagaimana mencari dan membuat rujukan.  Bagaimana untuk menulis dengan baik.  Bagaimana untuk menyampaikan secara betul bukannya mengajar sesiapa.

Esok bermula hari baru pula.  Tugasan yang baru.  Pengalaman yang baru.  Banyak ilmu baru yang bakal dipelajari.  Lapangkan dada menerima segala perkara dan semuanya akan baik belaka.  In shaa Allah.