Bulan lepas dah ambil darah untuk pemeriksaan kesihatan tahunan. Petang tadi giliran jumpa doktor pulak.
Zureiny Zulkafly
Sunday, 12 November 2023
MELEPASKAN PERGI
Sekuat mana pun aku menjaga, yang pergi akan tetap pergi.
Seteguh mana pun aku menahan, yang berlalu akan tetap berlalu.
Ada yang bertamu lama.
Ada yang singgah sementara
Ada yang sekadar menyapa.
Semakin aku belajar tentang pelajaran hidup
Semakin aku sedar satu perkara
Silibus yang paling sukar kufahami
'Melepaskan pergi'
Kerana aku cinta, aku sengaja membiarkan dia pergi
Mungkin menjauh itu akan menguatkan rasa, menjernihkan jiwa
Tanpa perlu sepatah kata
Aku rasa lapang dada
Andai dia kembali, dia tahu di mana aku berdiri.
METEOR DI HATIMU
Meteor paling terang.
Melintasi langit luas yang cantik terbentang.
Diam-diam aku berharap
Namun tiada satu pun yang jatuh di hatimu.
Untuk menghidupkan rasa cintamu
Yang sejuk terpendam
Yang dingin membeku
Sungguh aku berharap
Pada satu pertemuan
Agar aku mampu dekat padamu
Hingga saat ini aku masih cemas meneka
Adakah meteor terakhir
Jatuh jua ke hatimu.
BERTAHANLAH
Andai kata,
Satu-satunya ikhtiar yang kau mampu buat ketika ini adalah bertahan, maka bertahanlah.
Tahan dengan rasa.
Tahan dengan jiwa.
Walau kaki kau sudah kaku tidak mampu melangkah, bertahanlah untuk tidak tumbang.
Pandang langit.
Pandang awan.
Kau adalah makhluk Tuhan yang sedang diuji. Bertahanlah.
Rasa lemah.
Rasa kalah.
Rasa lelah.
Semua itu perlu kau lalui untuk kau nikmati dewasa.
SEMBUH
Untuk sembuhkan hatimu, bukan dengan mengelak.
Bukan dengan menjauhkan diri.
Bukan dengan hidup terasing.
Hadap,
Setiap kesakitan.
Setiap kesilapan.
Setiap kegagalan.
Setiap kekecewaan.
Biarlah hatimu patah berbilah-bilah.
Biarlah hatimu pecah bercerai-cerai.
Biarlah hatimu retak berkeping-keping.
Tentang hatimu, itu urusanmu dengan Tuhan
DIA mengenalimu melalui hatimu.
Biarlah DIA susun ujian itu semahu-Nya kerana DIA lebih tahu.
Kau akan sembuh sehingga kau tempuh semuanya sepenuh hati.
Sampai satu saat kau mengalah dan berserah, saat hatimu hancur berderai, saat itulah kau akan dapat hati yang baru.
Kau akan sembuh perlahan-lahan seiring bahagia yang kau impikan.
RINDU
Rindu itu sakit.
Rindu itu perit.
Rindu itu kelam.
Rindu itu kejam.
Namun, rindu adalah makhluk Tuhan yang paling menawan.
Yang menyalakan harapan. Yang membangkitkan impian.
Yang menjentik hati. Yang menghidupkan mimpi.
Merinduimu,
Adalah sebahagian daripada cara aku
Mencintaimu dalam diamku.
Tuesday, 7 November 2023
"Kau kenapa nak? Pagi-pagi menung je. Tak herlok."
"Susah nak cakap la mak.""Cakap aje la. Macam tak de mulut."
"Kalau cakap bukan mak paham pun."
"Tak cakap, macam mana mak nak paham. Cuba cakap."
"Betul ni mak paham?".
"Iya. Mak paham la "
"Meowww. Meow meow meow. Meowwwwwww!".
"Kau cakap apa nak? Mak tak paham."
"Mak ni! Kan oghang dah cakap tadi, mak takkan paham punya. Tak nak kawan mak!".
"E eh. Merajuk. Dah la tak reti cakap pastu nak marah-marah mak pulak. Cuba cakap elok-elok. Mesti mak paham."
"Dah la mak."
"Oneng! Sini la! Sembang ngan mak."
"Tak nak! Menci mak!".
Apahal la tak sudah-sudah nak merajuk ngan mak.
Mak salah cakap ke?
#sketsamakngananakbulus
.
.
Zureiny Zulkafly
Mak yang tak pernah paham apa anak bulus cakap