Teks :
Zureiny Zulkafly
Foto :
Google
Bismillahirrahmanirrahim…
Pernah
tak mulut kena cili dengan emak masing-masing masa kecil dulu? Ingat balik.
Ingat balik! Mesti ada kan…kan…kan.
Cuba
ingat balik kenapa mulut kena cili dengan Mak?
- Suka menjawab bila Mak marahkan kita
- Tipu Mak (macam-macam tipulah termasuk tak solat hehe)
- Melawan sebab tak setuju dengan peraturan Mak
- Mengajuk cakap Mak
- Menjelir kat Mak

Memang
kepantangan sungguh Mama saya kalau anak-anak berkelakuan kurang ajar
begitu. Sepantas kilat Mama ke dapur dan
menenyeh cili ke mulut saya.
Huihhh! Rasa kembang bibir sebab
pijar cili tu. Berdenyut-denyut. Sudahlah pedih. Telinga kena tadah dengan leteran Mama haha Menangis meraung jangan ceritalah.
Namun saya tidak pernah sekali-kali marahkan Mama. Saya tahu saya salah. Sebagai anak memang sungguh biadap jika bersikap begitu kepada seorang ibu yang melahir dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Cara Mama saya membuatkan saya serik dan beringat. Mungkin itu yang terbaik untuk mengajar dan mendidik saya.
Saya dan adik beradik cukup menjaga diri
ketika bermain dengan kawan-kawan. Tak kisahlah
apa yang kawan-kawan buat, kami sedaya upaya akan mengelak aktiviti
ejek-mengejek dan menjelir lidah.
Mula-mula memanglah setakat menyakat.
Lama-kelamaan akan jadi punca bergaduh kalau dibiarkan.
Walaupun
saya ibu moden tapi saya teruskan cara ibu bapa saya mendidik. Kalau anak salah, jangan menangkan
mereka. Kalau anak betul, jangan
salahkan orang lain pula. Semua itu
memang tidak mudah tapi sebagai ibu bapa, kita dikurniakan naluri keibubapaan
semulajadi yang dapat memandu dan mendidik anak-anak sebaik mungkin.
Setakat
ini saya masih kuatkan iman untuk tidak mencilikan mulut anak-anak saya
hahaha Tidak dinafikan, bila bersekolah macam-macam pengaruh yang masuk ke fikiran mereka. Sukar ditapis kerana mereka masih kurang pengalaman dan pengetahuan. Saya akan jelaskan apa yang
mereka sebut atau buat adalah salah. Kesalahan
pertama dimaafkan. Kesalahan kedua boleh
dibetulkan. Kesalahan ketiga ada hukuman
yang menanti. Saya juga selalu jadikan
kisah saya dicili mulut oleh Tok (panggilan cucu-cucu kepada Mama saya) kerana
akhlak saya yang buruk sebagai peringatan untuk mereka berdua.
Alhamdulillah…Allah
kurniakan saya anak-anak yang mudah dilentur dan mendengar kata. Mungkin sebab terbiasa hidup dengan orang tua
saya dari kecil hinggalah ke hari ini, mereka sudah faham apa yang boleh dan
apa yang dilarang.
Jangan
risau sekiranya anak-anak tidak mampu menjadi cemerlang dalam akademiknya tapi
perlu risau jika anak-anak rendah akhlak dan perilaku. Jika mereka ada keduanya, bermakna anda
adalah ibu bapa yang hebat!